Bismillah.
Salam Maal Hijrah.
Semoga tahun baru ni lebih memberi manfaat.
Wasalam.
Friday, December 18, 2009
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431H
Posted by Yus at 11:26 AM 0 comments
Wednesday, December 16, 2009
Komuniti Tok Awang Ngah - Bercakap Dengan Syaitan?
Bismillah.
Assalamua'laikum.
Saudara-saudara sekalian. Pernah dengar tak komuniti Siri Bercakap Dengan Jin? Komuniti ni mengumpulkan peminat-peminat karya Tamar Jalis yang terkenal tu. Kat situ ada la perkongsian maklumat tentang siri-siri ni; cover depan siri2 ni, tajuk2 yg ada dalam siri ni, membaca secara online sedikit siri2 yang diupload dan sebagainya. Takleh nak cerita lebih-lebih. Huhu Tapi memang berbaloi la komuniti ni.
Okeh, aku bukan nak cerita pasal komuniti SBDJ ni. Tujuan aku menulih ni nak tanya ada tak cadangan untuk buat komuniti untuk karya Tok Awang Ngah - Bercakap Dengan Syaitan. Takpun sebenarnya komuniti ni dah ada, tapi aku je yang taktau. So kalau sesapa tau, bleh la kongsi-kongsi dengan aku.
Okeh, sekiranya takda, dan ada yang sanggup nak volunteer sebagai pioneer kumpulan peminat Tok Awang Ngah ni, aku dengan rendah hatinya nak join la. :-) Aku sanggup gak nak menaip sikit2 koleksi yang aku ada, untuk dikongsi bersama2. Sebab aku tau, memang susah nak dapatkan koleksi ni. Maybe bila dah ada yang mula usahakan, insyaAllah ada la yang follow, seterusnya menggerakkan sama usaha ni. Kalau nak aku yang buat, minta maaf la. Tak berapa senang la (alasan). Tapi sesapa yang berkemampuan tu bleh la tolong wujudkan. :-)
Tu jer kot? Till then, wasalam.
p/s - Uii lama gila tak update blog. Agak bz dan sedikit terlupa aku dah ada blog. Huhu
Posted by Yus at 10:00 AM 0 comments
Sunday, September 27, 2009
Selamat Hari Raya AidilFitri 1430H
Bismillah
Assalamua'laikum.
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri 1430H kepada semua. Begitu juga, ingin saya memohon berbanyak-banyak ampun dan maaf sekiranya ada tersalah kata, bahasa kurang enak, terkurang dan sebagainya. Semoga Syawal tahun ini digunakan sebaik-baiknya, takut tak sempat merasa Syawal tahun depan. :-)
TQ :-)
p/s - tak sempat nak taip panjang..huhu
Feroz
Posted by Yus at 11:53 PM 0 comments
Saturday, August 22, 2009
Selamat Berpuasa
Bismillah. Salam.
Selamat berpuasa diucapkan kepada semua. Semoga bulan yang penuh berkat ini digunakan sebaik-baiknya.
Wasalam.
Posted by Yus at 6:43 PM 0 comments
Wednesday, August 12, 2009
Char Kuey Tiaw
Bismillah.
Salam.
Ish, tetibe rasa ngidam and rindu nak makan Char Kuey Tiaw plak (aku tak ngandung yer, aku laki). Char Kuey Tiaw ni tetibe jadik feveret aku 2/3 tahun kebelakangan ni. Dia punya rasa, dia punya kuah, dia punya telur bila dah campur ngan kuah gelap2 tu, dia punya udang, dia punya sedap tuu, fuuuhh. Tak ramai yang reti buat Char Kuey Tiaw, sbb tu kalau carik kat kedai, kebanyakannya rasa tak sedap..
Ok aku nak kongsi tempat Char Kuey Tiaw (CKT) yang pada aku mmg marbeles. Tapi lain orang, lain tekak kan? Tak kisahlah.
Korang pnah rasa CKT Sungai Dua? Fuh, CKT ni mmg la marbeles. Kedai ni terletak kat Sungai Dua, Pulau Pinang. Nama kedai tak sure laa, tapi rasanya Char Kuey Tiaw Sungai Dua (haha, senang jer aku teka). Kedai setingkat, selalunya penuh (menurut beberapa sumber la). Aku pernah pergi sekali je kat sini. Exact location aku taktau la, hamba bukan orang Penang. Tapi seingat aku kedainya memang tepi jalan besar, berdekatan dengan tiang elektrik (yang tinggi2 tu, mcm Eiffel tower tu) n sekelilingnya memang banyak kedai-kedai makan. Berhampiran jugak dengan satu stesen minyak, rasanya BHP atau ESSO. Dekat2 sini gak ada satu kedai Mee Udang yang spesel, tapi aku tak try la.
Lagi satu kedai CKT yang best dekat Sungai Bakap. Nama kedai Kot's Char Kuey Tiaw. Aku pernah rasa dua kali CKT ni, memang la sedap. First time jumpa secara tak sengaja, masa tu on the way ke Kedah lalu ikut jalan lama, keluar exit Jawi menghala ke Kulim. Planningnya kitorg nak cari CKT Sg Dua tu, tapi memandangkan dah lewat tak jadi la. Alhamdulillah rezeki, jumpa dengan Kot's Char Kuey Tiaw kat Sg Bakap. Memang layak la dier letak nama tu, memang puas hati. Nasi goreng kampung dier pun sedap. Tiap kali balik Kedah, mmg slalu kami ikut sini. Hehe
Kalau kat Johor Bahru plak, slalunya aku gi kat Larkin Jaya. Larkin Jaya ni terletak dkt dgn Kampung Melayu Majidee. Nama kedainya kalau tak silap Zaharah, terletak berhampiran traffic light simpang empat. Kedai biasa jer, tapi CKT dia mmg kaw. Kalau gi ke JB, mmg aku lepaskan rindu CKT aku kat sini la.
Hehe. Saja je berkongsi ngan suma pasal Char Kuey Tiaw ni. Aku nak bagi direction yang betul pun tak reti, cuma coret2 sket la mana yang bleh. Kalau ada sesapa yang tau kat mana leh dapatkan CKT yang 'peo' punya habaq mai la no.. Lagi2 dekat KL ni, banyak tempat yang aku g n cari. Tapi kurang laa. Maybe sedara2 tau kat mana tempat CKT yang best, leh la update kat sini. Huhu
Kat mana lagi CKT yang besh?..Kongsi laa..
Till then, salam...
p/s- kalu nak makan laksa gi kat kuala kangsar, mee rebus kat bandar ipoh (Mee Rebus Ramli kot?), Chicken Chop - Desa Baiduri, Cheras (Dekat ngan Shell belakang Plaza Pheonix), cendol kat negeri sembilan (dekat tampin eh? orang kata laa, tapi aku tak pernah gi lagi). eh 'p/s' ni apa meaning dier haa?
Posted by Yus at 4:33 AM 1 comments
Labels: Char Kuey Tiaw
Friday, August 7, 2009
Tok Awang Ngah - Harimau Melompat Tengah Serambi
Penulis : Tok Awang Ngah
Tajuk Buku : Siri Berkelahi Dengan Syaitan – Rintihan Dari Kubur
Kisah : Harimau Melompat Tengah Serambi
Tergelak besar Wak Samin bila saya tanyakan kepadanya mengenai harimau cinaku atau harimau jadian. Bagi mereka di Sumatera terutama di daerah Jambi kisah harimau cinaku ini perkara biasa saja kepada mereka, tetapi bagi orang-orang di Semenanjung mendengarnya sebagai cerita tahyol saja. Sebab itu Wak Samin tergelak besar, kerana pada sangkaannya saya hanya mahu bertanya disebabkan merasakan cerita tersebut sebagai tahyol saja.
Kebanyakan harimau cinaku ini boleh mencuri kerbau dan lembu orang-orang kampong. Mereka boleh menghilangkan diri dalam sekelip mata saja. Ada juga orang mengatakan bahawa harimau cinaku ini hanya kepalanya saja bertukar menjadi harimau, sementara batang tubuhnya kekal sebagai manusia.
“Wak tak dengan cerita macam tu” beritahu Wak Samin apabila saya tanyakan mengenai cerita harimau cinaku yang kepalanya bertukar menjadi harimau sedangkan batang tubuhnya masih kekal seperti manusia biasa.
“Setahu Wak, harimau cinaku ini berubah menjadi harimau seluruh batang tubuhnya” jelasnya lagi.
“Harimau cinaku ni banyak di Jambi ye Wak?” saya cuba menduga.
“Kebetulan saja” ujarnya perlahan.
“Dulu, orang kata orang-orang Jambi yang jadi harimau cinaku” katanya tersengih-sengih macam gelihati dengan tuduhan tersebut.
“Adakah Tok Malim Udoh tu menuntut ilmu harimau cinaku?” tanya saya selanjutnya.
Dia menggelengkan kepala. Malah Wak Samin tidak mahu langsung menyebut kisah Tok Malim Udoh, sekadar dia memberitahu mengapa dia datang ke Tanah Melayu ini. Kalaulah tidak berlaku peristiwa yang menimpa gurunya, memang dia tidak akan meninggalkan kampung halamannya merantau sedemikian jauh.
Sebelum datang ke Endau, Wak Samin pernah juga berkahwin dengan seorang janda di Kota Tinggi. Perkahwinan itu tidak lama kerana isterinya lari meninggalkan dia. Disebabkan malu dengan peristiwa isterinya meninggalkannya itu Wak Samin lari membawa diri ke Endau. Demikian Tok Aji memberitahu saya mengenani kawannya Wak Samin yang sama-sama menumpang kapal barang dari Dumai menyeberang ke Tanah Melayu dan naik di Johor.
Sementara berkahwin dengan janda di Kota Tinggi itu, Tok Aji ikut sama jadi pengapit Wak Samin. Ketika ini Tok Aji juga berkahwin di Kota Tinggi dan sudah mendapat seorang anak lelaki.
Pada malam pertama hari perkahwinannya itu, janda tersebut Lisun terkejut kerana Wak Samin tidur bersener kuat. Bunyi senarnya seolah-olah seperti harimau mendengkur. Kerana was-was dengan suaminya yang datang berdagang ke situ, Lisun bertanya dari mana kampung halaman Wak Samin.
“Abang dari Palembang, tetapi menetap di Bukit Tinggi” dia menjelaskan kepada isterinya.
“Abang bukan dari Jambi?” tanya Lisun lagi.
“Tidak…” beritahu Wak Samin keheranan. Hatinya mula tertanya-tanya sama ada isterinya menduga yang bukan-bukan terhadap dirinya.
“Lisun, syak yang tak baik terhadap diri abang?” soalnya macam rasa tersinggung.
“Saya hanya nak tau, kerana orang kata orang Jambi suka jadi harimau” jelas Lisun secara jujur. Memang dia pernah mendengar dari orang tua-tua mengenai kesukaan orang-orang Jambi mempelajari ilmu kebatinan menjelma menjadi harimau. Kebanyakan mereka pula menyalahgunakan kepandaian tersebut, dengan melakukan rompakan dan mencuri harta benda.
“Bukan semua orang Jambi begitu” Wak Samin menerangkan kepada isterinya.
Segala kebimbangan isterinya itu diceritakan oleh Wak Samin kepada Tok Aji. Bagaimanapun Tok Aji menasihatkan dia supaya bersabar saja, kerana niat baik tentu dibalas dengan baik juga.
Wak Samin sudah melupakan ilmu-ilmu kebatinan yang dituntutnya selama di Sumatera dulu. Sebab itu dia lebih suka orang memanggilnya Wak Samin saja kerana panggilan Wak itu biasanya digunakan kepada orang-orang dari Tanah Jawa saja. Kalau orang-orang dari Sumatera biasanya dipanggil ‘Pak Tua’ sebagai menghormati orang yang lebih tua.
Kerana mahu melupakan kisah-kisah di Sumatera inilah dia sanggup mengembara jauh. Dia hanya mahu menyerahkan diri semata-mata kepada Allah. Ilmu-ilmu kebatinan yang berlawanan dengan ajaran Islam, mahu dibuang jauh-jauh dari ingatannya.
Rupa-rupanya orang-orang di Semenanjung ketika itu apabila berkahwin dengan orang-orang dari Sumatera, bimbang kalau berkahwin dengan orang-orang dari Jambi. Cerita ini meribak dari satu telinga sehingga mereka benar-benar takut kepada orang-orang Jambi.
“Mereka takut harimau kerinci…” ujar Tok Aji ketawa geli hati dengan nasib yang menimpa kawannya Wak Samin.
Bagaimanapun Tok Aji dapat meyakinkan Lisun bahawa cerita-cerita mengenai harimau kerinci, harimau cinaku atau harimau jadian itu hanya reka-rekaan saja bagi menakutkan orang-orang Semenanjung dengan orang-orang Jambi.
Ketika ini ramai orang-orang Semenanjung mengambil menantu dari mereka yang datang dari Sumatera kerana dipercaya mempunyai ilmu agama yang tinggi. Untuk menyedarkan orang-orang seperti inilah ditimbulkan cerita-cerita seperti ini.
Lisun pula tidaklah mengesyaki apa-apa lagi terhadap suaminya, malah dia semakin kasih akan Wak Samin. Dia sama-sama membantu Wak Samin pergi menoreh getah atau mengait kelapa.
Satu ketika orang-orang di kampung itu diganggu oleh harimau yang membaham kambing-kambing ternakan. Mereka takut dengan gangguan itu, kerana setiap masa ada saja mangsanya. Beberapa kali dibuat perangkap tetapi mereka tidak berjaya membunuh harimau tersebut.
Akhirnya lembu ketua kampung sendiri dilarikan oleh harimau. Lembu jantan itu kesayangan ketua kampung Pak Kidam. Oleh itu Pak Kidam sanggup membayar sampai seratus ringgit kepada sesiapa yang sanggup membunuh harimau berkenaan. Pak Kidam sendiri mengajak beberapa orang kampung mengikut jejak harimau itu masuh ke hutan dengan mengesan titisan darah lembu yang menjadi mangsanya.
Di antara yang sama mengikut itu termasuklah Tok Aji dan Wak Samin sendiri. Sebagai orang dagang mereka terpaksalah mengambil hati ketua kampung supaya tidak dipandang serong. Mereka bersua sama-sama mengesan jejak harimau melarikan lembu itu.
Mereka sampai juga kepada bangkai lembu yang sudah habis sebelah pahanya ditinggalkan pada sebatang pokok. Pak Kidam pun menyuruh membuat pondok di atas pokok bagi menunggu kedatangan harimau mengulangi lagi bangkai lembu berkenaan. Pak Kidam menunggu pada sasaran yang senang dia membedil dengan senapangnya. Seolah-olah dia betul-betul berdendam dengan binatang tersebut.
Tok Aji sengaja memilih pondok tempak Pak Kidam menunggu dengan senapangnya. Sementara Wak Samin menunggu pada pokok yang satu lagi bersetentang dengan pondok Pak Kidam.
Lama juga mereka menunggu sehingga hari malam, tetapi harimau itu tidak juga datang mengulangi mangsanya. Mereka tahu lambat laun harimau itu akan datang juga semula. Disebabkan terlalu lama menunggu, salah seorang yang bertahan di pondok Wak Samin iaitu Jalit abang iparnya sendiri, terasa mahu buang air kecil.
Dia malu mahu buang air dari atas pokok itu saja, maka terpaksalah dia turun ke tanah. Ketika dia turun inilah Pak Kidam ternampak dua biji mata mara ke situ. Pak Kidam cepat-cepat menyuruh Jalit naik segera ke pondoknya, tetapi belum sempat Jalit naik semula ke pondok, harimau itu sudah hampir benar.
Serba salah Pak Kidam mahu menembak. Kalau tembakannya tidak tepat harimau itu pasti akan menerkam Jalit. Harimau terluka tentu lebih ganas apabila ternampak mangsa.
Disebabkan harimau sudah terlalu dekat, sedangkan Jalit masih belum naik ke atas pondok tempat bertahan, maka Wak Samin pun terjun ke tanah mahu menyelamatkan abang iparnya iaitu abang Lisun. Sebaik saja harimau itu mahu menerkam, Jalit nampak Wak Samin menekan ibu jari kakinya ke tanah menyebabkan harimau itu tidak dapat menerkam.
“Kau nak tunjuk kuat ye!” herdik Wak Samin.
Harimau itu seolah-olah meronta, tetapi badannya tidak dapat bergerak. Dia bagaikan terlekat pada tanah tidak boleh menghambur. Ngaumannya juga tidak keluar dari rahangnya, cuma rungutan kecil. Jalit nampak air liur harimau itu meleleh keluar seperti termakan cili padi.
“Dengan orang kampung ni kau boleh tunjuk keras kepala, tapi dengan Samin kau jangan cuba main-main” Wak Samin menggertap bibir sambil berjalan mara mendapatkan harimau yang terpaku di depannya.
Pak Kidam yang memegang senapang tidak dapat melepaskan tembakan dia. Jarinya seolah-olah kaku tidak dapat memetik trigger. Dia terpegun melihat Wak Samin yang tiba-tiba saja melompat ke tanah sebaik saja abang iparnya terperangkap tidak sempat naik ke atas pondok.
“Biadap kau…” tepiknya lantas menampar muka harimau itu sekuat hatinya.
Harimau itu menjerit kesakitan tetapi kakinya tidak terlepas dari bumi. Kaki harimau itu seolah-olah diikat dengan simin ke tanah tidak boleh diangkat langsung.
“Depan Samin, kau jangan nak tunjuk garang” dia menampar sebelah lagi muka harimau itu.
Tok Aji nampak apa yang dibuat oleh Wak Samin, kerana kedudukan pondok itu tidaklah jauh sangat. Cahaya samar-samar di pinggir hutan itu masih jelas boleh nampak dari jarak yang tidak berapa jauh. Tok Aji hanya tersenyum melihat kehebatan kawannya, tidaklah terperanjat seperti Pak Kidam. Malah Pak Kidam sendiri terasa gementar apabila Wak Samin menampar muka harimau itu.
Harimau itu merungut-rungut, tetapi tidak mengaum kuat. Air liurnya meleleh-leleh keluar. Jalit yang tercegat di bawah pokok tempat mereka membuat pondok terkencing dalam seluar kerana terlalu takut. Dia melihat sendiri harimau sebesar lembu itu tercegat di depan adik iparnya. Kemudian adik iparnya menampar beberapa kali ke muka harimau itu, tetapi sedikit pun harimau itu tidak melawan.
Beberapa minit kemudian tidak kedengaran lagi rungutan harimau. Wak Samin berpaling ke belakang dan berjalan mendapatkan abang iparnya Jalit yang terketar-ketar ketakutan. Apabila dia meninggalkan harimau berkenaan, tiba-tiba saja tubuh harimau itu berdebap jatuh.
Barulah semua orang di atas pokok turun ke tanah. Mereka memeriksa harimau itu sama ada sudah mati atau masih hidup. Sebenarnya tidak siapa pun berani mendekati harimau itu apabila turun dari pokok. Hanya setelah Tok Aji merapati harimau tersebut sambil menyepak-nyepak punggungnya, barulah orang lain berani.
Setelah diperiksa didapati muka harimau lekuk seperti disinggahi pukulan yang terlalu kuar lagi berat berpikul-pikul. Harimau itu sudah mati terbujur dengan tulang mukanya remuk. Kalau diamat-amati bekas penampar Wak Samin yang singgah ke muka harimau itu seolah-olah bekas diterjah kayu balak yang besar.
“Tak sangka awak boleh menentang harimau Wak Samin” keluh Pak Kidam masih terasa gementar.
Wak Samin tidak menyahut. Dia sendiri menyesal kerana terlalu cepat menunjukkan kepandaiannya. Tetapi kalau dia terlambat, tentulah abang iparnya Jalit menjadi mangsa pula. Harimau itu sudah bersedia untuk menerkam semasa dia terjun ke tanah. Kalau harimau tersebut sempat menerkam tentulah Jalit mendapat cedera parah. Sebab itulah Wak Samin tidak bertangguh terjun ke tanah bagi menyelamatkan abang iparnya.
Ketika ini dia tidak memikirkan apa orang kampung akan kata. Boleh jadi orang-orang kampung merasa kagum dengan tindakannya, dan boleh jadi juga mereka takut bila berhadapan dengannya. Itulah pertama kali Wak Samin menunjukkan kepandaiannya. Selama ini dia tidak pernah menunjukkan apa-apa kelebihan kepada masyarakat kampung. Malah Tok Aji sendiri tidak tahu tentang kebolehan Wak Samin menentang seekor harimau liar di hutan.
*****
p/s - Siri ni tak siap lagi sebenarnya. Takpe, nanti aku update...
Posted by Yus at 2:28 AM 7 comments
Labels: Berkelahi Dengan Syaitan, Tok Awang Ngah
SBDJ Siri 70 - Bantal Peluk Berjalan Malam
Posted by Yus at 2:23 AM 0 comments
Labels: Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis
Tuesday, August 4, 2009
Upload Siri Bercakap Dengan Jin dan Siri Berkelahi Dengan Syaitan
Posted by Yus at 8:16 PM 0 comments
Labels: Berkelahi Dengan Syaitan, Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis, Tok Awang Ngah
Friday, July 24, 2009
Tok Awang Ngah; Siri Berkelahi Dengan Syaitan
Posted by Yus at 6:50 PM 33 comments
Labels: Berkelahi Dengan Syaitan, Tok Awang Ngah
Thursday, July 23, 2009
Air Terjun Jerangkang
Posted by Yus at 7:18 PM 0 comments
Labels: Air Terjun
Wednesday, July 22, 2009
Siri Bercakap Dengan Jin - Koleksi Aku
Posted by Yus at 5:12 PM 3 comments
Labels: Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis
Tuesday, July 21, 2009
Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis
Posted by Yus at 3:10 AM 4 comments
Labels: Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis
Sunday, July 5, 2009
Oh, aku sebenarnya dah ada blog.
Posted by Yus at 12:23 AM 0 comments
Tuesday, June 30, 2009
Selamat datang
Posted by Yus at 10:53 PM 0 comments