Monday, February 8, 2010

Update koleksi Siri Bercakap Dengan Jin

Bismillah.

1. Hehe. Agak gembira kini sebab aku berjaya dapatkan beberapa jilid SBDJ. Maka bertambahlah koleksi aku.

2. Aku dapat koleksi ni minggu lepas. Terima kasih kepada penjual, Shah. :-) Mujur penjual duduk around KL je, bleh collect sendiri. Koleksi yang aku dapat adalah:

Jilid 2 bahagian 1 (Cetakan Ke-Enam 1999)
Jilid 2 bahagian 2 (Cetakan Ke-Enam 1999)
Jilid 3 (Cetakan ke-Enam 1999)
Jilid 5 (Cetakan ke-Empat 1997)
Jilid 6 (Cetakan ke-Empat 1997)
Jilid 7 (Cetakan ke-Empat 1998)
Jilid 8 (Cetakan ke-Empat 1998)
Jilid 9 (Cetakan ke-Tiga 1998)
Jilid 13 (Cetakan Pertama 1997)

3. Jadi, koleksi terkini aku adalah seperti berikut:
Jilid 2,3,4,5,6,7,8,9,12,13,14,15,16

4. Maka, jilid yang aku tak ada adalah:
Jilid 1, 10, 11, dan 17

5. Dapat tahu daripada Shah jugak, jilid 17 dah pernah publish. Then dalam satu forum ke ape (aku tak ingat), ada orang jugak pernah cakap dia ada jilid 17. Tapi memang tak pernah aku tau la, dah susah nak jumpe la sesapa yang ada koleksi ni.

6. Sekali lagi, sesiapa yang ada koleksi yang aku takda tu; jilid 1,10,11, dan 17 silalah berhubung dengan aku. Dapat photostat pun jadi la. Nak lengkapkan koleksi aku. Bleh shoot one round baca dari siri satu sampai habis (waaah, kalau la larat). Huhu

7. Sesiapa peminat Siri Bercakap Dengan Jin dari Tamar Jalis juga, kini boleh membaca secara on-line dari komuniti sbdj.

Till then. Wasalam