Wednesday, July 22, 2009

Siri Bercakap Dengan Jin - Koleksi Aku



Bismillah.

Salam.

Aha nak kongsi sket koleksi-koleksi yang aku ada. Saja je letak kat sini, senang nak buat reference nanti. Huhu takdelaa byk mana, bleh laaa sikit-sikit. Tengah mengumpul2 lagi.

Koleksi-koleksi Buku

Koleksi Jilid Buku Saku 9 - 14 tu aku jumpa secara tak sengaja akhir tahun 2007. Masa tu ada trip ngan bebudak U, on the way nak gi Air Terjun Jerangkang, Pahang (Kat Maran kot?). Aku tak bawak duit lebih, lagi plak barang banyak, tak dan la nak angkut sume buku ni. So beberapa hari selepas tu on the way gi KL, aku try cari balik buku ni, alhamdulillah terjumpa (Kat Machap). Dapat la buku saku 9 hingga 14. Yang Jilid 14, 15 ngan 16 ni aku 'hunt' kat pasar malam sekitar KL/Selangor (dulu laaaa, skarang tidak lagiii). Jumpa 3 buku ni jer laaa. Kira orait laa.

Siri 056 - Siri 127 : Jilid 7 hingga 14 buku saku. Tak sama dengan jilid biasa, yg ni kecik.
Siri 180 - Siri 193 : Jilid 14; Kubur Dipanah Petir. Yang ni aku ada.
Siri 194 - Siri 207 : Jilid 15; Dikejar Ulat Bangkai. Ada jugak yang ni.
Siri 208 - Siri 221 : Jilid 16; Dara Dimakan Sumpah. Yang ni pun aku ada.

Koleksi Lain

Koleksi yang ni aku dapat daripada kawan2, tukar suka sama suka. Trima kasih geng. Aku fotostet buku aku kat dia, same goes with them. TQ TQ. Yang dalam soft copy tu plak, aku join satu community ni. (Takleh nak crita lebih, aku takuut. Sapa nak tau kasi msg sama aku.)

Siri 001 - Siri 055 : Aku ada dalam bentuk soft copy.
Siri 120 - Siri 131 : Jilid 9; Api Dari Kubur
Siri 132 - Siri 143 : Jilid 10; Gadis Ulat Bangkai
Siri 168 - Siri 179 : Jilid 13; Gadis Harimau
Siri 138 - Siri 148 : Jilid 16; Ilmu Si Banganu Putih (Ni jilid buku saku rasanya)

Jadi bila aku check balik, ada keterusan dari Siri 1 hingga Siri 148. Siri yang aku takda adalah Siri 149 hingga Siri 167. Ni yang rongak. Kiranya dapat la jilid yang betul2 punya, bukan yang fotostat, alangkah bagusnye. Haha :P

Lagi skali, pada sesapa yang rasa tau kat mana nak dapatkan buku-buku ni, bleh la kongsi-kongsi ngan aku. Bagitau kat ruangan komen pun takpe. Huhu


Till then, salam.

3 comments:

Anonymous said...

Salam, boleh share ke d soft copy?

Feroz said...

wsalam.

soft copy yang mana satu?

Feroz

p/s - minta maaf semua. saya dah takda access kat web nih. password email dah lupe..huhu

ada sebarang pertanyaan bleh email ke mufaza3710@yahoo.com

Unknown said...

Just tried http://clanshelper.com/ - I got free CoC gems here! Get yous too in less than two minutes!! Everybody is already using free CoC gems from here.(1rd01PpN5i)