Bismillah.
Mmm, aku tak sure la ramai yang pernah dengar atau tak dengan siri ni. Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) tulisan Tamar Jalis ni sangat2 aku minat. Dulu siri ni diterbitkan dalam bentuk siri/episod dalam majalah Variasari. Aku pun tak sure bila siri ni first published dalam Variasari, tapi aku rasa lebih kurang pada tahun 1981/1982.
Bila diingat-ingat balik entah bila masa ntah aku start ikut siri ni. Rasanya kat rumah mak cik aku ada koleksi Variasari ni, so aku start kat situ. Tapi baca sekali lalu je laaa. Takut beb, kecik je masa tuu. Bila aku buat research sikit kat internet, rupa2nya ramai jugak peminat siri ni. Dan aku dapat tau gak yang siri ni memang susah nak jumpa dah sekarang. SBDJ ni memang dicari2/dikejar2 oleh peminat2 dier, termasuklah aku. Hehe..
Jadi, siapa2 yang tau mana nak dapat siri ni sudilah kiranya kongsi-kongsi ngan aku mana nak beli, or mana korang jumpa. (Selalunya siri ni skang dijual kat kedai buku secara longgok, 2 buku dipek sekali). Kadang2 kat pasar malam ada jugak siri ni dijual. Sampai dulu penah gak la aku 'kejar' pasar malam around KL, Selangor utk cari buku nih. :D tapi dapat jumpa brapa kerat je, koleksi masih lagi tak lengkap.
Okeh, sedikit info kepada mereka yang taktau apa itu SBDJ:
Siri ni dulu diterbitkan dalam majalah Variasari (Kategori majalah ke?). Kemudian disebabkan sambutan dan permintaan pembaca dan peminat, siri ni dibukukan dengan beberapa episod dalam satu buku). Setakat yang aku tahu la, ada sampai 16 buku SBDJ ni. Buku ke 17 aku tak sure.
SBDJ ni merupakan karya Tamar Jalis (nama pena je ni). Siri ni menceritakan pengalaman Tamar (penulis) yang selalu mengikuti datuknya (Mat Diah). Tamar merupakan cucu kesayangan datuknya. Datuknya berketurunan Jambi, dahulunya berperahu dari Aceh merentas Selat Melaka ke Pengkalan Bharu dan kemudian menetap di Perak (aku rasa di daerah Bruas). Tamar dari kecil dijaga oleh datuk dan neneknya di kampung (Kampung Mandi Upih). Akibat selalu mengikuti datuknya dari kecil, Tamar terdedah kepada perkara-perkara aneh.
Kehidupan datuknya sama seperti orang kampung lain, berkebun, menjala, memburu di hutan, mengelola dusun dan sebagainya. Selain menjalani kehidupan seharian, ramai yang meminta pertolongan datuknya sekiranya ada masalah berkaitan perkara-perkara aneh, ghaib dan sebagainya. Jadi datuknya selalu la menolong orang berbekalkan petua, ilmu, pengalaman dan tawakkal kepada Allah. (Ilmu orang dulu2 kan memang banyak) Dalam pada menolong orang ni, banyak sangat terjadi keadaan2 yang mencemaskan. Misalnya bertemu penunggu jin hutan, manusia berkepala anjing, menunggang harimau di tengah malam, toyol jadi-jadian, dikacau penunggu kolam dan sebagainya. (Hanya memetik beberapa tajuk siri yang ada).
Jadi, siri ni berkisar bagaimana datuknya berhadapan dan mengatasi masalah2/perkara2 aneh yang berlaku. Kisah-kisah yang berlaku ni terjadi kebanyakannya di sekitar Perak dan juga Semenanjung Malaysia. Kemudian pada siri2 yang hujung, Tamar dan datuknya mengembara ke Indonesia dan peristiwa2 aneh di sana diceritakan juga dalam buku ni.
Secara ringkasnya, siri ni berkisar tentang pengalaman Tamar di samping datuknya, bagaimana dia berhadapan dengan perkara-perkara aneh, yang mencemaskan dan tak terjangkau dek pemikiran kita.
Siri ni mengajak kita berfikir, merenung, dan mengkaji bahawa sesuatu yang tidak masuk dek akal akan terjadi dengan keizinan Allah. Menurut Tamar Jalis, sebahagian daripada kisah yang ditulis adalah kisah benar yang telah dilalui bersama datuknya satu ketika dulu.
:) Okayyy, cukuplah sedikit sinopsis utk refresh balik pada sesapa yang masih samar2 dengan cerita ni. Pada yang tau mana nak dapatkan siri ni, (mana la tau, jalan2 kat kedai buku lama @ pasar malam tetibe ternampak buku ni ke) tolonglah beritau hambe. Huhu Hadiah misteri akan diberikan sekiranya berkongsi maklumat, cewah...
Haha..
Till then, Salam...
4 comments:
hahaha..
suka ak baca buku nih..
pastu takut nak tido malam..
hahahah~
lela, kalu tau kat mane leh dpt buku2 ni gtau aku..
alah..... mana dpt buku ni.. aku dah baca from 1 to 131 dr internet. .tetiba 132 dah takde. .hampeh! .. tolong sket.. ni tak leh tido sbb crita tak abih! :(
aku ada sampai 131 je..
kalu ada 132 aku dh upload ke komuniti..
mmg xdapat nk tolong..huhu
Feroz
Post a Comment