Sunday, July 3, 2011

Buku Siri Bercakap Dengan Jin Jilid 1 Cetakan Baru

Salam.

1. Saya dapat info yang Siri Bercakap Dengan Jin dah dicetak dan dipasarkan semula.

2. Semasa pelancaran di Perak, Tamar Jalis sendiri telah hadir bersama.

3. Huu huu, tak sabar nak dapatkan buku ni. Nak mulakan 'hunting' balik.

TQ :-)

Thursday, May 26, 2011

Mengumumkan Mimfaza Trading

Bismillah. Salam.

Disebabkan minat pada RC Heli (Remote Controller Helicopter), dan minat untuk berniaga sikit-sikit, pulak tu boleh dapat harga heli yang agak murah dari supplier, jadi saya dah start mulakan bisnes online kecil-kecilan.

Sila layari http://mimfazatrading.blogspot.com



Blog tersebut menyediakan penjualan RC Helicopter dengan harga antara yang termurah di pasaran, dan juga barangan-barangan yang lain.

Jemput kawan-kawan dan pelawat ke blog tersebut.

Terima kasih. Wassalam.

Friday, March 25, 2011

Selingan : Sedang Bernafsu Main Helikopter

Salam.

1. Lama dah tak update blog. Sebab taktau nak update apa. Lagipun sekarang tengah busy dengan sedikit projek kecil. Dan juga sedang berjinak-jinak dengan permainan remote controller helicopter. Wuu Huu.

2. Jadi, selingan sikit la. Di samping bermain untuk sendiri, saya juga menjual Remote Control Helicopter Syma S105G baru dengan harga yang berpatutan. Heli jenis ini sangat terkenal dan antara yang terlaris di pasaran kini. Ready stock helicopter.

Keistimewaan Heli Syma S105G
- RTF (ready to fly). Keluarkan dari kotak, masukkan bateri dalam transmitter, terus boleh terbang.
- 3 Channel, pergerakan ke atas, bawah, depan, belakang, kanan dan kiri.
- 'Built in gyro' membuatkan heli ini lebih stabil dan mudah dikawal.
- Masa terbang adalah 6-8 minit. Sangat bergantung kepada persekitaran. Sebab semakin banyak rintangan angin, semakin kuat motor bergerak. So semakin cepat bateri habis.
- Masa charge adalah lebih kurang 30-40 minit. Charge boleh melalui dua cara samada usb komputer atau melalui transmitter/controller. So kalau tiada komputer@main kat luar, boleh charge melalui transmitter.
- Lampu LED pada badan helikopter, so kalau main malam-malam dalam rumah pun boleh.

Heli ini sangat sesuai dijadikan hadiah dan sesuai dimainkan di dalam rumah, indoor dan kurang pergerakan angin. Ia boleh dijadikan koleksi peribadi dan sebagai hobi baru anda.
- Berat hanya +-34g sahaja.
- Saiz adalah 220 x 38 x 98mm, sama seperti Syma S107G
- Bateri Helikopter adalah 3.7v Rechargeable lithium polymer battery
- Jarak kawalan +- 30 kaki (10meter)

Harga Jualan: RM 70 sahaja (Harga pasaran RM90-RM100). Malahan menjangkau RM 140.00.

Anda mendapat,
1 unit Helikopter Syma S105G
1 Unit Controller/Transmitter
1 Unit tail blade (spare part)
1 Unit Manual (Cara-cara menerbangkan heli, cas bateri dsb)
1 unit USB Cable untuk charge batteri
Sebarang soalan sila emel kami.

Hubungi Yus 012-2676902 / mimfazatrading@gmail.com untuk pertanyaan lanjut.

Harga boleh nego kalau ambil dalam kuantiti yang banyak. Lokasi adalah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.

Tamat. Wassalam

Sunday, March 6, 2011

Selingan : Asam Jambu


Asam Cicah Buahan Pak Cu 916
Serbuk Asam Pelbagai Guna

Saya menjual Serbuk Asam Pencicah Pak Cu 916. Serbuk asam ni memang sedap.

Asam Cicah Buah Pak Cu 916 amat sesuai dan menyelerakan untuk dihidangkan sebagai pencicah buah-buahan. Boleh juga dicampurkan ke dalam minuman seperti teh o ais limau, limau ais dan jus buahan. Boleh juga dicampurkan ke dalam masakan yang bersesuaian seperti masam manis, masakan tiga rasa dan lain-lain.

Informasi:
Harga 200g = RM 5.40 sepeket
Harga 1kg = RM 26.70 sepeket
Ramuan = Gula, buah-buahan & garam
Pelbagai guna = Sebagai asam pencicah, campuran dalam jus buahan, campuran masakan dan lain-lain
Dijamin 100% HALAL
Buatan Malaysia

Harga boleh nego sampai puas hati. Win-win situation :-)

Call Feroz 012-2676902 / mufaza3710@yahoo.com

Monday, February 21, 2011

Siri Bercakap Dengan Jin untuk dijual

Bismillah.

Salam.

1. Uiii lama tak tengok n update blog. Nak update cemana? apa nak update pun taktau. Huhu

2. Orait. Dipendekkan cerita, dan setelah berfikir sepanjang yang boleh, aku ambil keputusan untuk menjual beberapa koleksi Siri Bercakap Dengan Jin yang aku ada.

3. Reason nak jual buku yang dicari-cari ni? Sebab aku perlukan duit sikit (banyak sebenarnya..huhu). So dengan sedih hatinya terpaksa aku jual buku-buku berikut:

SBDJ Jilid 2 bahagian 1 Cetakan ke 6 1999
SBDJ Jilid 2 bahagian 2 Cetakan ke 6 1999
SBDJ Jilid 3 Cetakan ke 6 1999
SBDJ Jilid 6 Cetakan ke 4 1997
SBDJ Jilid 8 Cetakan ke 4 1998
SBDJ Jilid 14 Cetakan Pertama 1998
SBDJ Jilid 16 Cetakan Pertama 2000

4. So jumlah semua buku 7 sekaligus dalam satu pakej. Aku jual sekaligus semua, bukan satu-satu. Tak ramai orang lain buat, tp aku buat. Semua buku masih berkeadaan baik, confirm puas hati. Tiada langsung halaman tercerai, terkoyak etc. Gerenti geng. Kalu ada rosak bleh hantar balik, n aku pulang duit.

5. Harga? Untuk semua 7 buku tu, aku jual RM 120.00. Aku rasa murah je kot, berpadanan dengan nilai buku tu. Sebab aku pernah beli satu buku je RM 70.00. Sumpah tak tipu. Dan selalu beli RM 15/20 satu buku. Hehe Buku-buku ni sekarang susah nak cari, g le mana pun. Aku aktif mengumpul dari tahun 2007. Dengan minyak sume lagi. bla bla bla korang pun maleh nak bace :-)

6. OK, dengan harga tu korang dapat 7 buku-buku tu,
SBDJ 2(bhg 1), SBDJ 2(bhg 2), SBDJ 3, SBDJ 6, SBDJ 8, SBDJ 14, SBDJ 16. Jelas tak? Kalu tak jelas boleh tanya. Tak cukup dengan tu aku bagi percuma 2 buah buku:
Tiara Jalis - Mangsa Ilmu Pengasih.
Tok Awang Jambi - Syaitan Belaan.

7. Kalau korang ada SBDJ Jilid 10 & 11 plak, bleh jual/switch dengan aku.

8. Minta maaf kalau harga tu tinggi sangat eh. Kesian gak kat korang kan, tp tu le harga yang aku rasa sesuai utk LET GO. Minta sapa yang call/msg dan berminat untuk nak beli, kena setuju dan terima la harga yang ditawarkan tu. Mintak halal la yer. TAPI kalu korang nak bagi lebih pun aku terima. :-)

9. Berkenaan penghantaran, cadangnye POS LAJU. Atau kalau rasa tak yakin ngan POS LAJU, n rasa POS LAJU tak laju, kiter leh nego la kat mana nak jumpa. Lokasi aku KL/Putrajaya. Cara bayaran either bank transfer/cash deposit/cash on delivery. Buku akan dihantar setelah bayaran disemak. No akaun nanti gitau.

10. Sesapa yang nak beli boleh contact mufaza3710@yahoo.com. Rasanya baik msg dulu utk check status buku tu dah jual ke blum. Orait?

Wasalam.

Wednesday, January 5, 2011

Selingan: Nama-nama Allah



Bismillah.

Salam.

1. Bila di check statistik yang masuk blog ni, ada juga yang google "Nama-Nama Allah". Alhamdulillah. Jadinya, aku kat sini nak maklumkan seperti berikut:

2. Di atas adalah himpunan nama-nama ALLAH. Aku editkan dalam paint, untuk diletak sebagai wallpaper PC kat opis, untuk kegunaan peribadi sebenarnya. Dengan harapan sambil-sambil buat kerja, bila terpandang boleh la teringat nama-nama ALLAH.

2. Kebetulan ada orang yang google dan dihantar ke page ni, maka sesiapa yang nak guna, save dsb dipersilakan. Dan sesiapa yang rasa ada PEMBETULAN dan KESALAHAN yang perlu diperbaiki, sila maklumkan.

3. Sila klik gambar untuk paparan saiz besar.

Mudah-mudahan bermanfaat.

Salam.

Wednesday, December 8, 2010

Tok Awang Ngah; Siri Berkelahi Dengan Syaitan (Lanjutan)

1. Salam.

2. Berikut merupakan beberapa Siri Berkelahi Dengan Syaitan yang berada dalam koleksi aku. :-) Aku tak berapa familiar sangat dengan perjalanan siri ni, sebab dulu tak berapa ikut sangat siri ni, sekarang baru start baca slow-slow.

3. Meaning kalau Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis tu dia nya siri bersambung-sambung tapi yang ni tak sure. Ada kawan-kawan yang tau? Tapi sepanjang yang aku baca la, siri dia ni tiap siri habis satu cerita. Betui ka?

4. Berikut siri-siri yang ada dalam simpanan aku:

Siri Berkelahi Dengan Syaitan (Gadis Disalai Atas Bara)
Cetakan Kedua 1998

1. Lembaga Berkepala Botak Keluar Dari Tompok-tompok Hitam
2. Bangkai Babi Hutan Jadi Lelaki Tua Bongkok
3. Gadis Disalai Atas Bara
4. Pukul Cucu Untuk Matikan Datuk
5. Duri Ikan Sembilang Ditusuk Ke Kepala
6. Wanita Mati Beranak Menjelma Jadi Pontianak
7. Bertarung Dengan Pedang Di Lubang Kubur
8. Jelmaan Babi Bersumbi Emas
9. Bayi Hilang Dalam Kandungan
10. Botol Melompat Dari Balik Pintu
11. Harimau Berlawan Dengan Mayat
12. Nyonya Tua Di Siling Rumah


Siri Berkelahi Dengan Syaitan (Manusia Jelmaan Jadi Keluang)
Cetakan Ketiga 1998

1. Lembaga Berkelahi Sesama Sendiri
2. Manusia Jelmaan Jadi Keluang
3. Senapang Meletup Tak Berpeluru
4. Harimau Berkudis Seluruh Badan
5. Tubuh Reput Dipenuhi Ulat
6. Kepala Mayat Bergantungan Di Bumbung
7. Berenang Di Daratan Macam Di Tengah Laut Bergelombang
8. Lembaga Hitam Di Dalam Ribut
9. Matanya Terang Dalam Gelap


Siri Berkelahi Dengan Syaitan (Ular Putih Melingkari Rumah)
Cetakan Kedua 1998

1. Jelmaan 7 Bersaudara Merasuk
2. Bertemu Sheikh Serban Kuning
3. Rumah Bawah Kangkang Orang Tinggi
4. Tidur Atas Perut Harimau
5. Lipan Jelmaan Membalas Dendam
6. Ular Putih Melingkari Rumah
7. Asap Keluar Disekeliling Bendul
8. Puaka Batu Berdagu
9. Tidur Berbantalkan Sarang Lebah
10. Alat Kelamin Jana Digigit Belalang
11. Tangannya Bertukar Menjadi Ular


Siri Berkelahi Dengan Syaitan (Rintihan Dari Kubur)
Cetakan Kedua 1998

1. Harimau Melompat Tengah Serambi
2. Rintihan Dari Kubur
3. Lelaki Gigi Rongak
4. Lembaga Ghaib Di Balik Langsir
5. Orang Tua Keluar Dari Kepulan Asap
6. Mayat Bangun Minta Air
7. Lelaki Tua Menuntut Janji
8. Muka Sebesar Tingkap Menjengah
9. Sudah Dikebumikan Keluar Dari Kubur
10. Kepala Tersangkut Di Rumpun Mengkuang
11. Lipan Bara Di Bawah Mayat
12. Hantu Berjalan Dengan Tangan


Siri Berkelahi Dengan Syaitan (Kepala Perempuan Tiba-tiba Hilang)
Cetakan Kedua 1998

1. Pemuda Ditelan Bumi
2. Jeritan Nyaring Di Tengah Malam
3. Kepala Perempuan Tiba-tiba Hilang
4. Minta Tukar Nyawa
5. Dendam Puaka Hutan
6. Serbuk Kaca Keluar Dari Muntah
7. Menghantar Lembaga Putih Balik
8. Mati Kena Sembelih Hidup Semula
9. Darah Keluar Dari Usungan Mayat
10. Telinga Moyang Lanjut Sebesar Tabir Layar


Siri Bercakap Dengan Syaitan (Lelaki 44 Isteri)
Cetakan Pertama 1998

1. Lelaki 44 Isteri
2. Suami Bertukar Jadi Beruang
3. Tewasnya Ilmu Ayun Limau
4. Susuk Sumbi Membalas Dendam
5. Sumpah Lelaki Berkepala Harimau
6. Jelmaan Lelaki Hidung Rompong
7. Bulu Roma Memercik Darah
8. Pintu Gerbang Kampung Bunian
9. Tangkal Azimat Menjadi Bara
10. Bidan Bertukar Tujuh Jelmaan


Berkelahi Lawan Syaitan (Lanjutan Dari Siri Berkelahi Dengan Syaitan)
Cetakan Ketiga 1997

1. Perempuan Hodoh Terbelah Dua
2. Dendam Puaka Umbut Nibung
3. Darah Memancut Di Kepala Paip
4. Aki Jamaat Mati Balik Ke Rumah
5. Lelaki Berbonggol Belakang Di Batu Jeram
6. Puaka Buntat Ikan Tapah
7. Kelawar Bertukar Menjadi Orang Berjubah
8. Jelmaan Siluman Di Tengah Malam


5. Kat mana aku dapat buku-buku ni? Semuanya secara tak sengaja, terjumpa di Machap, Johor. Baru-baru ni aku gi balik ke sana nak beli lagi, tapi takda dah buku tu. Kalau dapat memang aku bleh jual kat sini. Hehe

6. Ada yang nak request aku taipkan siri ni kat sini? Bleh aje tp kalu ada masa la. Panjang beb crite dia.

Till then, salam.