Friday, July 24, 2009

Tok Awang Ngah; Siri Berkelahi Dengan Syaitan

Bismillah.

Salam.

Selain dari SBDJ karya Tamar Jalis yang aku kumpul, ada gak beberapa siri dari Tok Awang Ngah dalam simpanan aku. Tajuknya Siri Berkelahi Dengan Syaitan. Karya-karya Tok Awang Ngah ni pun bleh dikatakan popular sebaris dengan SBDJ (rasa2nya la). Tak silap aku, rasa2nya SBDJ terlebih dahulu menjengah pasaran. Kemudian barulah berlambak-lambak novel2 seram berada di pasaran. Kiranya Tamar Jalis ni old timer laa. (mana aku tau, aku tak lahir lagi. Hehe)

Dari koleksi Tok Awang Ngah yang aku ada, cetakan pertama lebih kurang tahun 1985/1986. Ni yang aku ada laa, mungkin sebelum ni lagi karya Tok Awang Ngah dah pun diterbitkan. Dan aku pun takda idea kat mana siri-siri Tok Awang Ngah ni diterbitkan. Meaning samada karya ni diterbitkan dalam majalah seperti SBDJ (dalam Variasari) ataupun terus dibukukan secara berjilid.

Aku tak mengumpul pun siri ni. Tapi bila mencari-cari SBDJ, terjumpa skali buku Tok Awang Ngah. Aku pun rembat jugak la buat koleksi. Aku ada tujuh koleksi Tok Awang Ngah dalam simpanan seperti berikut:

Lelaki 44 Isteri
Manusia Jelmaan Jadi Keluang
Gadis Disalai Atas Bara
Ular Putih Melingkari Rumah
Kepala Perempuan Tiba-tiba Hilang
Rintihan Dari Kubur
Berkelahi Lawan Syaitan


Secara ringkasnya, berbanding SBDJ, karya ni kebanyakannya mengangkat penggunaan ayat-ayat al-Quran sebagai cara untuk menghadapi/mengatasi gangguan jin dan syaitan. Misalnya seperti petikan di bawah:

"Saya menyuruh Kasman sembahyang tahjud dalam masa seminggu. Kemudian hembuskan ke tapak tangan dan bacakan Surah al-ikhlas, Surah al-falaq dan Surah an-nas lantas disapukan ke bahagian leher yang bengkak itu."

Tak seperti SBDJ, bagi setiap jilid Siri Berkelahi Dengan Syaitan ni terdapat beberapa siri. Contohnya dalam Rintihan Dari Kubur, ada 12 siri kesemuanya. Setiap siri pula selalunya lengkap satu kisah/cerita. Dan siri seterusnya adalah kisah lain. (Oh, bukan siri la ni? Hehe). Aku pun tak habis lagi baca semua cerita Berkelahi Dengan Syaitan ni, belum datang mood kot. Hehe

Tujuan aku menulis bukan nak membandingkan karya Tamar Jalis dan Tok Awang Ngah. Aku tak layak pun nak bandingkan. Cuma saja2 nak share apa yang aku rasa. Aku membesar dengan membaca cerita dari SBDJ, maka aku sangat suka SBDJ. Tapi karya Tok Awang Ngah pun tak kurang hebatnya. Dorang berdua ni berada dalam kelas tersendiri. Dan pembawaan plot dan cerita kedua-duanya memang berbeza.

Apa kata anda?

Till then, salam...

33 comments:

Anonymous said...

bang...buleh kongsi tak cite tok awang ngah tu..buat ah blog..kat dalamm tu tulis cite siri berkelahi dengan syaitan...nak cari buku dah takde skrg ni..nanti leh ah sume baca

Yus said...

awak buatkan blog dier..
saya leh tlg taipkan..
amacam?

hehe :)

Unknown said...

Saya ada lebih dari 40 koleksi Tok Awang Ngah. Nak Jual sebahagiannya. RM 10 sebuah. Nak Beli?

Yus said...

mr, tlg update you punya contact..
manatau ada org yg berminat..
letak u nye email..

mr, kalu ada SBDJ saya berminat nak beli..

Anonymous said...

saya berminat utk membeli buku2 tok awang ngah. email saya tajuk2 yg anda ada. hubungi saya di:
cyagami@hotmail.com
HP: 013 2266 586 (Bard)

Yus said...

haaa..siler berurusan dgn bard utk jualan..hehe
bard, bleh citer sket siri ni kluar dlm majalah apa ek? ke dier terus jilidkan ajer..

Unknown said...

Kepad Mr yang berminat jual koleksinya, saya berminat nak beli/pinjam.

Tujuan saya ialah saya nak convert kpd digital text/pdf dan dikongsi bersama. Saya juga ahli http://komunitisbdj.multiply.com -- kumpulan pengemar Siri Bercakap Dgn Jin

Unknown said...

Oh ya, lupa pula... kepada yang nak jual tu, sila hubungi saya di k_a_a@yahoo.com

Yus said...

socket..
kalu dah ada komuniti utk tulisan tok awang ngah ni bgtau la kat sini sama..
TQ

Anonymous said...

x silap saya, dulu citer2 tok awang ngah klua dlm satu majalah sblm dijilidkan tp saya xtau majalah ape..dah lama sgt. lps itu oleh kerana pd waktu itu permintaan tersgtlah tinggi, maka buku2 beliau dikeluarkan terus sblm kelua dlm majalah. dan semenjak itu buku2 beliau terus shj dijilidkan spt yg kita biase tgk...saya btul2 berharap beliau akan keluarkan lagi buku baru...sama2 la kita doa :) (Bard)

Yus said...

orait..
TQ for the info bard..

Anonymous said...

aku baca buku tok awang ngah dahulu baru baca buku tamar jalis sebab tu aku minat tok awang ngah berbanding tamar jalis tapi dua2 layan beb...dulu mak bapak aku siap sorokkan buku tok awang ngah yang bapak aku beli sebab aku asik baca buku tu je... hehhehe cerita ni 15 tahun yang lepas time tu umur aku 10 tahun... dulu buku tok awang ngah sangat tebal lebih 500 muka surat satu jild...kisah paling aku ingat mula2 tak silap berlawan dengan lembaga seribu azimat.pastu kisah lajak jongang dengan milah cantik,kisah tok gajah,penghulu naning aku tak berapa ingat la dengan binatang lam ,,, aki sahak...argh banyak yang dah lupe... aku rindu buku2 tok awang ngah...buku yang bapak aku beli dah takde lagi,,,dulu aju simpan buku tu tapi lepas aku gi merantau (belajar) buku2 tu dah xde lagi..huhuhu sedihnya aku

Anonymous said...

ok sedikit info...dahulu citer2 tok awang ngah kelua dlm majalah INTISARI sblum ia dijilidkan. skrg dah xde kot majalah tu..

hmm byk peminat yg dah hilang buku2 dia kan? sama la mcm kes saya jugak, ada yg dah hilang & ada yg masih selamat dlm simpanan. (Bard)

Anonymous said...

baca bajang perliharaan karya tok awang ngan... yang terbaik... boleh buat filem tuh...

Yus said...

anonymus..
tlg la taipkan crita tu..
xpun scan, saya tlg taipkan..
nak buat blog khas utk peminat tok awang ngah pun OK..
sy bleh sumbang taipkan sikit2..
niat nak berkongsi ngn mmbr2 jer..

Anonymous said...

sesiapa yang nak jual buku2 tamar jalis dan tok awang ngah sila hubungi saye, no tel : 012-6058960 (ct) or email : ct_dayans@yahoo.com...

Anonymous said...

aku mmg minat keduanya sbdj dulu aku banyak koleksi mereka termasuk anak murid tok awang ngah alang bumin tapi ntah kemana buku2 aku simpan hilang time pindah

En TreY said...

salam mr.
saya nak beli yang bertajuk berkelahi dengan syaitan. boleh contact or email saya utk urussan pembelian..

email: rusydy79@yahoo.co.uk
hp : 012 2222 739

Anonymous said...

http://lobaipas.blogspot.com/2010/08/komik-dulu-dulu.html

kat sini ada alamat mana nak cari buku ni fuul version baru punya.

mE said...

saya ada type cite2 die dlm blog saya.jenguk2 la klu rajin k?

http://mazrinanina.wordpress.com/tok-awang-ngah-collections/

Yus said...

orait. tq.
sila share semua link yg berkaitan di sini.
maybe ada yang mencari, so bleh la mudahkan dorang.

Anonymous said...

Salam..cuba check tokawangngah.blogspot.com
rsa ade cite dlm tu.

Mohd Iskandar Jaiz said...

siapa nama sebenar Tok Awang Ngah?

Mimfaza Trading said...

Mohd Iskandar Jaiz, tuan kenai ke?

setahu saya penulis siri berkelahi dengan syaitan (Tok Awang Ngah) masih ada lagi. baru lepas operation tak silap saya.

banyak merantau masa muda. ada nama pena lain selain tok awang ngah.

sumber - hurmmm :)

Feroz

mryonz said...

wah... cerita yang menarik

fadzli said...

saya tak pernash miss beli buku tok awang ngah, ade je keluaran baru mesti beli, sayangnya akhir tahun 2005 dah takde keluaran terbaru keluar, koleksi saya pun dah kena jual oleh mak saya hu hu

Anonymous said...

salam saye serious buyer..na bli tamar jalis dan tok awang ngah... please contact... 0173902749 zul

Anonymous said...

Salam, saya ada 30 buah buku tok awang ngah, nak jual semua, berminat contact 017-3692985

Tok Awang Ngah said...

Dalam FB , Tok Awang Ngah and group.

Unknown said...

Sya nk bli buku tu..camna ye.

Anonymous said...

Saya nak beli buku2 sbds ni. Bagaimana caranya

Anonymous said...

Nasib kita serupa. Orang-orang yang datang ke rumah aku dulu tu, mintak Pinjam ngan mak aku Pastu, sampai sekarang, tak pulang... Huhuhu....

Anonymous said...

Saya berminat nk beli.