Friday, July 24, 2009

Tok Awang Ngah; Siri Berkelahi Dengan Syaitan

Bismillah.

Salam.

Selain dari SBDJ karya Tamar Jalis yang aku kumpul, ada gak beberapa siri dari Tok Awang Ngah dalam simpanan aku. Tajuknya Siri Berkelahi Dengan Syaitan. Karya-karya Tok Awang Ngah ni pun bleh dikatakan popular sebaris dengan SBDJ (rasa2nya la). Tak silap aku, rasa2nya SBDJ terlebih dahulu menjengah pasaran. Kemudian barulah berlambak-lambak novel2 seram berada di pasaran. Kiranya Tamar Jalis ni old timer laa. (mana aku tau, aku tak lahir lagi. Hehe)

Dari koleksi Tok Awang Ngah yang aku ada, cetakan pertama lebih kurang tahun 1985/1986. Ni yang aku ada laa, mungkin sebelum ni lagi karya Tok Awang Ngah dah pun diterbitkan. Dan aku pun takda idea kat mana siri-siri Tok Awang Ngah ni diterbitkan. Meaning samada karya ni diterbitkan dalam majalah seperti SBDJ (dalam Variasari) ataupun terus dibukukan secara berjilid.

Aku tak mengumpul pun siri ni. Tapi bila mencari-cari SBDJ, terjumpa skali buku Tok Awang Ngah. Aku pun rembat jugak la buat koleksi. Aku ada tujuh koleksi Tok Awang Ngah dalam simpanan seperti berikut:

Lelaki 44 Isteri
Manusia Jelmaan Jadi Keluang
Gadis Disalai Atas Bara
Ular Putih Melingkari Rumah
Kepala Perempuan Tiba-tiba Hilang
Rintihan Dari Kubur
Berkelahi Lawan Syaitan


Secara ringkasnya, berbanding SBDJ, karya ni kebanyakannya mengangkat penggunaan ayat-ayat al-Quran sebagai cara untuk menghadapi/mengatasi gangguan jin dan syaitan. Misalnya seperti petikan di bawah:

"Saya menyuruh Kasman sembahyang tahjud dalam masa seminggu. Kemudian hembuskan ke tapak tangan dan bacakan Surah al-ikhlas, Surah al-falaq dan Surah an-nas lantas disapukan ke bahagian leher yang bengkak itu."

Tak seperti SBDJ, bagi setiap jilid Siri Berkelahi Dengan Syaitan ni terdapat beberapa siri. Contohnya dalam Rintihan Dari Kubur, ada 12 siri kesemuanya. Setiap siri pula selalunya lengkap satu kisah/cerita. Dan siri seterusnya adalah kisah lain. (Oh, bukan siri la ni? Hehe). Aku pun tak habis lagi baca semua cerita Berkelahi Dengan Syaitan ni, belum datang mood kot. Hehe

Tujuan aku menulis bukan nak membandingkan karya Tamar Jalis dan Tok Awang Ngah. Aku tak layak pun nak bandingkan. Cuma saja2 nak share apa yang aku rasa. Aku membesar dengan membaca cerita dari SBDJ, maka aku sangat suka SBDJ. Tapi karya Tok Awang Ngah pun tak kurang hebatnya. Dorang berdua ni berada dalam kelas tersendiri. Dan pembawaan plot dan cerita kedua-duanya memang berbeza.

Apa kata anda?

Till then, salam...

Thursday, July 23, 2009

Air Terjun Jerangkang

Bismillah.

Dalam post SBDJ yang lepas, ada aku cakap sikit pasal Air Terjun Jerangkang. Tibe2 ada sikit feel nak tulis pasal air terjun ni. Huhu

Bila aku abes ngaji U dulu, sementara nak tunggu parents aku datang amek aku dan barang2 aku, ade satu program kolej yang aku join. Program tu XPDC tiga hari dua malam di Air Terjun Jerangkang ni la. (23-25 Nov 2007) So, aku rasa sementara ada masa sebelum disibukkan dengan kerja (konon), aku pun join la program ni.

Air Terjun Jerangkang ni terletak kat Pahang. Memang cantik tempat dia, bertingkat-tingkat. Aku pun taktau baru sampai tingkat yang ke berapa. Nak masuk ke air terjun ni plak kena naik pick-up, sbb jalan memang tak elok. Tapi sbb bajet takde, kitorg naik la lori. Aku rasa dekat 45 minit jugak la nai
k lori tu sebelum sampai ke satu kawasan lapang. Dari kawasan lapang ke tempat perkhemahan kena jalan kaki 5 minit, kejap je.

Kat tempat perkhemahan ni ada jugak air terjun, cantik gak tp kurang dalam. Ingat kat situ dah best, rupenyer lepas set up khemah kitorg kena panjat lagi ke atas. Confirm la air terjun kat atas lagi cantik2. Banyak tempat stop sementara nak naik atas ni, and setiap tempat stop mesti ada tempat mandi. Memang cantik..Dan perjalanan nak naik ke tingkat atas plak memang easy la, memang santai.


Diteruskan perjalanan, sampai la kami ke satu kawasan memang lubuk mandi. Ya Allah, cantiknye.. Kawasan plak luas dan lapang, memang puas kalau nak mandi situ. Tapi satu guider kitorg ajak naik ke tingkat lagi atas. So, beberapa orang ikut la guider tu termasuk aku, alang-alang kaan.

Perjalanan utk sampai ke air terjun yang atas ni mencabar sket, denai pun tak nampak. Agak2 ada dalam 15 minit la memanjat dan trekking, baru sampai kat air terjun yang sini. Huuu memang cantik. Walaupun tak besar kawasan die tp memang la cantik. Boleh dikatakan puas gak la aku join XPDC ni, easy & fun.


Kat sini aku upload sket gambar dari XPDC ni, dengan niat nak share ngn member2 sume. Dan juga utk aku kenang & senyum sorg2 bile tgk balik gmbr2 lama. Cewah...


Till then, salam.

Wednesday, July 22, 2009

Siri Bercakap Dengan Jin - Koleksi Aku



Bismillah.

Salam.

Aha nak kongsi sket koleksi-koleksi yang aku ada. Saja je letak kat sini, senang nak buat reference nanti. Huhu takdelaa byk mana, bleh laaa sikit-sikit. Tengah mengumpul2 lagi.

Koleksi-koleksi Buku

Koleksi Jilid Buku Saku 9 - 14 tu aku jumpa secara tak sengaja akhir tahun 2007. Masa tu ada trip ngan bebudak U, on the way nak gi Air Terjun Jerangkang, Pahang (Kat Maran kot?). Aku tak bawak duit lebih, lagi plak barang banyak, tak dan la nak angkut sume buku ni. So beberapa hari selepas tu on the way gi KL, aku try cari balik buku ni, alhamdulillah terjumpa (Kat Machap). Dapat la buku saku 9 hingga 14. Yang Jilid 14, 15 ngan 16 ni aku 'hunt' kat pasar malam sekitar KL/Selangor (dulu laaaa, skarang tidak lagiii). Jumpa 3 buku ni jer laaa. Kira orait laa.

Siri 056 - Siri 127 : Jilid 7 hingga 14 buku saku. Tak sama dengan jilid biasa, yg ni kecik.
Siri 180 - Siri 193 : Jilid 14; Kubur Dipanah Petir. Yang ni aku ada.
Siri 194 - Siri 207 : Jilid 15; Dikejar Ulat Bangkai. Ada jugak yang ni.
Siri 208 - Siri 221 : Jilid 16; Dara Dimakan Sumpah. Yang ni pun aku ada.

Koleksi Lain

Koleksi yang ni aku dapat daripada kawan2, tukar suka sama suka. Trima kasih geng. Aku fotostet buku aku kat dia, same goes with them. TQ TQ. Yang dalam soft copy tu plak, aku join satu community ni. (Takleh nak crita lebih, aku takuut. Sapa nak tau kasi msg sama aku.)

Siri 001 - Siri 055 : Aku ada dalam bentuk soft copy.
Siri 120 - Siri 131 : Jilid 9; Api Dari Kubur
Siri 132 - Siri 143 : Jilid 10; Gadis Ulat Bangkai
Siri 168 - Siri 179 : Jilid 13; Gadis Harimau
Siri 138 - Siri 148 : Jilid 16; Ilmu Si Banganu Putih (Ni jilid buku saku rasanya)

Jadi bila aku check balik, ada keterusan dari Siri 1 hingga Siri 148. Siri yang aku takda adalah Siri 149 hingga Siri 167. Ni yang rongak. Kiranya dapat la jilid yang betul2 punya, bukan yang fotostat, alangkah bagusnye. Haha :P

Lagi skali, pada sesapa yang rasa tau kat mana nak dapatkan buku-buku ni, bleh la kongsi-kongsi ngan aku. Bagitau kat ruangan komen pun takpe. Huhu


Till then, salam.

Tuesday, July 21, 2009

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis


Bismillah.

Mmm, aku tak sure la ramai yang pernah dengar atau tak dengan siri ni. Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) tulisan Tamar Jalis ni sangat2 aku minat. Dulu siri ni diterbitkan dalam bentuk siri/episod dalam majalah Variasari. Aku pun tak sure bila siri ni first published dalam Variasari, tapi aku rasa lebih kurang pada tahun 1981/1982.

Bila diingat-ingat balik entah bila masa ntah aku start ikut siri ni. Rasanya kat rumah mak cik aku ada koleksi Variasari ni, so aku start kat situ. Tapi baca sekali lalu je laaa. Takut beb, kecik je masa tuu. Bila aku buat research sikit kat internet, rupa2nya ramai jugak peminat siri ni. Dan aku dapat tau gak yang siri ni memang susah nak jumpa dah sekarang. SBDJ ni memang dicari2/dikejar2 oleh peminat2 dier, termasuklah aku. Hehe..

Jadi, siapa2 yang tau mana nak dapat siri ni sudilah kiranya kongsi-kongsi ngan aku mana nak beli, or mana korang jumpa. (Selalunya siri ni skang dijual kat kedai buku secara longgok, 2 buku dipek sekali). Kadang2 kat pasar malam ada jugak siri ni dijual. Sampai dulu penah gak la aku 'kejar' pasar malam around KL, Selangor utk cari buku nih. :D tapi dapat jumpa brapa kerat je, koleksi masih lagi tak lengkap.

Okeh, sedikit info kepada mereka yang taktau apa itu SBDJ:

Siri ni dulu diterbitkan dalam majalah Variasari (Kategori majalah ke?). Kemudian disebabkan sambutan dan permintaan pembaca dan peminat, siri ni dibukukan dengan beberapa episod dalam satu buku). Setakat yang aku tahu la, ada sampai 16 buku SBDJ ni. Buku ke 17 aku tak sure.

SBDJ ni merupakan karya Tamar Jalis (nama pena je ni). Siri ni menceritakan pengalaman Tamar (penulis) yang selalu mengikuti datuknya (Mat Diah). Tamar merupakan cucu kesayangan datuknya. Datuknya berketurunan Jambi, dahulunya berperahu dari Aceh merentas Selat Melaka ke Pengkalan Bharu dan kemudian menetap di Perak (aku rasa di daerah Bruas). Tamar dari kecil dijaga oleh datuk dan neneknya di kampung (Kampung Mandi Upih). Akibat selalu mengikuti datuknya dari kecil, Tamar terdedah kepada perkara-perkara aneh.

Kehidupan datuknya sama seperti orang kampung lain, berkebun, menjala, memburu di hutan, mengelola dusun dan sebagainya. Selain menjalani kehidupan seharian, ramai yang meminta pertolongan datuknya sekiranya ada masalah berkaitan perkara-perkara aneh, ghaib dan sebagainya. Jadi datuknya selalu la menolong orang berbekalkan petua, ilmu, pengalaman dan tawakkal kepada Allah. (Ilmu orang dulu2 kan memang banyak) Dalam pada menolong orang ni, banyak sangat terjadi keadaan2 yang mencemaskan. Misalnya bertemu penunggu jin hutan, manusia berkepala anjing, menunggang harimau di tengah malam, toyol jadi-jadian, dikacau penunggu kolam dan sebagainya. (Hanya memetik beberapa tajuk siri yang ada).

Jadi, siri ni berkisar bagaimana datuknya berhadapan dan mengatasi masalah2/perkara2 aneh yang berlaku. Kisah-kisah yang berlaku ni terjadi kebanyakannya di sekitar Perak dan juga Semenanjung Malaysia. Kemudian pada siri2 yang hujung, Tamar dan datuknya mengembara ke Indonesia dan peristiwa2 aneh di sana diceritakan juga dalam buku ni.

Secara ringkasnya, siri ni berkisar tentang pengalaman Tamar di samping datuknya, bagaimana dia berhadapan dengan perkara-perkara aneh, yang mencemaskan dan tak terjangkau dek pemikiran kita.

Siri ni mengajak kita berfikir, merenung, dan mengkaji bahawa sesuatu yang tidak masuk dek akal akan terjadi dengan keizinan Allah. Menurut Tamar Jalis, sebahagian daripada kisah yang ditulis adalah kisah benar yang telah dilalui bersama datuknya satu ketika dulu.

:) Okayyy, cukuplah sedikit sinopsis utk refresh balik pada sesapa yang masih samar2 dengan cerita ni. Pada yang tau mana nak dapatkan siri ni, (mana la tau, jalan2 kat kedai buku lama @ pasar malam tetibe ternampak buku ni ke) tolonglah beritau hambe. Huhu Hadiah misteri akan diberikan sekiranya berkongsi maklumat, cewah...

Haha..

Till then, Salam...

Sunday, July 5, 2009

Oh, aku sebenarnya dah ada blog.

Bismillah.

Hmm, sebenarnya blog ni dah wujud lama dah, aku je yg terlupe. So bila check2 balik tjumpa blog yg kosong ni, terus je aku set nak isi something dalam blog ni. Org lain dah lama dah start memblogging ni, aku je yg terkial-kial nak libatkan diri. Ala tak kisah laa, aku rasa ada kebaikan aktiviti blogging ni. Huhu :)

Buat masa ni blog ni aku akan concentrate dengan apa yang aku minat. And nanti aku akan selitkan sikit2 tulisan2 yang aku rasa berguna dan informatif untuk semua. Orang putih kata 'sharing is caring'.

Till then...