Bismillah.
1. Salam, Alhamdulillah.
2. Taktau cmana, aku dapat balik blogspot nih. Hehe. Baru je ingat nak buat akaun baru, address baru gune email baru. Then since dah dapat balik, aku continue sini jer la. Lega rasanya.
3. Diulang, web ni antara lain tujuannya nak ingatkan diri aku sendiri ; jilid2 SBDJ no berapa yang aku ada, dan siri-siri apa yang aku ada. Sebab aku ni pelupa, so letak kat sini bleh la aku refer kat mana-mana pun, asal aku bleh akses internet. :-P Kalau ada yang mendapat manfaat dengan adanya web ni, alhamdulillah.
4. Sepanjang duk diam, takda progress dengan koleksi aku. Sedih gila. Aku jumpa SBDJ Jilid 1, tapi mahal la. Tak berapa ada duit sekarang. Takleh nak amek. So, korang rasa-rasa 1 Jilid Buku SBDJ sepatutnya brapa RM? Ada idea?
5. SBDJ yang aku tak ada masih lagi SBDJ Jilid 1, SBDJ 10, SBDJ 11. Korang ada? Nak juai? Jual kat aku laaa..huhu
6. Sekarang aku tengah rasa-rasa nak jual sedikit koleksi SBDJ aku. Yang mana yang tak pakai laa. Tengah berpikir2 samada nak jual ke tak...Xdapat ilham lg..hehe Ada yang nak beli ke?
7. Nanti2 aku nak share crite pasal ilmu emas plak, selingan sket...Jeng Jeng Jeng..hehe
Till then. Salam.
Feroz
Wednesday, November 10, 2010
Alhamdulillah, Syukur... :-)
Posted by Yus at 11:19 PM 1 comments
Labels: Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis
Thursday, March 25, 2010
Cara Mendapatkan SBDJ
Bismillah.
1. Salam dan sejahtera semua.
2. Lama tak menulis, sibuk sikit dan taktau nak tulis ape. Huhu
3. Tapi aku ingat nak kongsi kat sini cara untuk mendapatkan siri-siri SBDJ ni. Cara yang aku tau la. Aku tau korang ada cara korang sendiri.
4. Sepanjang yang aku dah buat, memang agak berkesan la cara ni. Mudah aje caranya. Dari aku ada 2,3 jilid SBDJ sahaja, kini aku ada hampir kesemuanya. Tapi aku still mencari untuk lengkapkan koleksi aku. Lagi-lagi SBDJ Jilid 17, susah gila nak cari. Nak dapat yang fotostet pun susah.
5. Nanti aku update cara tu, kongsi dengan kawan-kawan :-)
6. Till then, wasalam.
Posted by Yus at 11:32 AM 1 comments
Labels: Siri Bercakap Dengan Jin
Monday, February 8, 2010
Update koleksi Siri Bercakap Dengan Jin
Bismillah.
1. Hehe. Agak gembira kini sebab aku berjaya dapatkan beberapa jilid SBDJ. Maka bertambahlah koleksi aku.
2. Aku dapat koleksi ni minggu lepas. Terima kasih kepada penjual, Shah. :-) Mujur penjual duduk around KL je, bleh collect sendiri. Koleksi yang aku dapat adalah:
Jilid 2 bahagian 1 (Cetakan Ke-Enam 1999)
Jilid 2 bahagian 2 (Cetakan Ke-Enam 1999)
Jilid 3 (Cetakan ke-Enam 1999)
Jilid 5 (Cetakan ke-Empat 1997)
Jilid 6 (Cetakan ke-Empat 1997)
Jilid 7 (Cetakan ke-Empat 1998)
Jilid 8 (Cetakan ke-Empat 1998)
Jilid 9 (Cetakan ke-Tiga 1998)
Jilid 13 (Cetakan Pertama 1997)
3. Jadi, koleksi terkini aku adalah seperti berikut:
Jilid 2,3,4,5,6,7,8,9,12,13,14,15,16
4. Maka, jilid yang aku tak ada adalah:
Jilid 1, 10, 11, dan 17
5. Dapat tahu daripada Shah jugak, jilid 17 dah pernah publish. Then dalam satu forum ke ape (aku tak ingat), ada orang jugak pernah cakap dia ada jilid 17. Tapi memang tak pernah aku tau la, dah susah nak jumpe la sesapa yang ada koleksi ni.
6. Sekali lagi, sesiapa yang ada koleksi yang aku takda tu; jilid 1,10,11, dan 17 silalah berhubung dengan aku. Dapat photostat pun jadi la. Nak lengkapkan koleksi aku. Bleh shoot one round baca dari siri satu sampai habis (waaah, kalau la larat). Huhu
7. Sesiapa peminat Siri Bercakap Dengan Jin dari Tamar Jalis juga, kini boleh membaca secara on-line dari komuniti sbdj.
Till then. Wasalam
Posted by Yus at 10:42 AM 3 comments
Labels: Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis
Sunday, January 24, 2010
Koleksi Terkini Siri Bercakap Dengan Jin
Bismillah.
1. Wah, dah lamanya aku tak update. Pasal malas satu hal, pasal tak cukup masa satu hal, pasal taktau nak update apa pun satu hal. Hehe
2. Kadang-kadang aku tengok page aku pun tak brapa nak berkembang. Duk lagu tu jugak daripada dulu. Bila kadang-kadang sempat melawat, tak nampak pun orang bagi post, tak nampak pun orang komen. So taktau ada ke tak pengunjung blog ni, ada ke tak orang baca blog ni.. Ahhh biarla kan? Kesah apa? :-)
3. Post kali ni aku rasa nak update koleksi terkini Siri Bercakap Dengan Jin aku. Untuk rujukan aku nanti2. Dan untuk rujukan kawan-kawan lain jugak. Mane tau korang ada koleksi yang aku tak ada ke, bleh la korang jual kat aku. Haha :-)
4. Tahun lepas, mungkin dekat akhir tahun kot aku berjaya mendapatkan beberapa jilid Siri Bercakap Dengan Jin ni dari seorang penjual. Dia tak nak dah kot, sebab tu dia jual. Alhamdulillah, aku berpuas hati la dengan apa yang aku dapat. Berbaloi dengan RM yang aku keluarkan untuk dapatkan koleksi ni. Sebab koleksi ni sekarang kan susah nak dapat dah kat pasaran.
5. Koleksi-koleksi terbaru yang aku dapat adalah SBDJ Jilid 2, Jilid 3, Jilid 4, Jilid 6, Jilid 8, dan Jilid 12. So, jumlahnya enam buah buku kesemuanya. Yang bestnya, jilid2 ni semua buku besar. Bukan buku kecik (buku saku). Fuuuhhhhh... :-)
6. Jadi secara keseluruhan, sekarang koleksi aku adalah seperti berikut:
Koleksi Buku:
Jilid 2 : Siri 26 - Siri 48 (Cetakan Pertama - Mac 1985)
Jilid 3 : Siri 49 - Siri 60 (cetakan Pertama - Mei 1986)
Jilid 4 : Siri 61 - Siri 72 (Cetakan Pertama - April 1987)
Jilid 6 : Siri 85 - Siri 96 (Cetakan Pertama - Mac 1989)
Jilid 8 : Siri 108 - Siri 119 (Cetakan Pertama 1991)
Jilid 12 : Siri 156 - Siri 167 (Cetakan Pertama 1996)
Jilid 14 : Siri 180 - Siri 193 (Cetakan Pertama 1998)
Jilid 15 : Siri 194 - Siri 207 (Cetakan Pertama 1999)
Jilid 16 : Siri 208 - Siri 221 (Cetakan Pertama 2000)
Koleksi Buku Saku (Saiz Kecil)
Jilid 5 : Siri 41 - Siri 47
Jilid 7 Hingga Jilid 14 : Siri 56 - Siri 127
7. Jadinya, kalau korang ada jilid-jilid yang aku tak ada: Jilid 1, 5, 7, 9, 10, 11, dan 13 korang bagitau la aku eh. Korang jual kat aku, aku beli. :-)
8. Takpun kalau sesiapa ada maklumat kat mana nak dapatkan koleksi-koleksi ni, tau mana jual buku2 lama ni, korang bagitau aku. :-)
Till then, salam.
Posted by Yus at 1:11 PM 4 comments
Labels: Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis
Friday, December 18, 2009
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431H
Bismillah.
Salam Maal Hijrah.
Semoga tahun baru ni lebih memberi manfaat.
Wasalam.
Posted by Yus at 11:26 AM 0 comments
Wednesday, December 16, 2009
Komuniti Tok Awang Ngah - Bercakap Dengan Syaitan?
Bismillah.
Assalamua'laikum.
Saudara-saudara sekalian. Pernah dengar tak komuniti Siri Bercakap Dengan Jin? Komuniti ni mengumpulkan peminat-peminat karya Tamar Jalis yang terkenal tu. Kat situ ada la perkongsian maklumat tentang siri-siri ni; cover depan siri2 ni, tajuk2 yg ada dalam siri ni, membaca secara online sedikit siri2 yang diupload dan sebagainya. Takleh nak cerita lebih-lebih. Huhu Tapi memang berbaloi la komuniti ni.
Okeh, aku bukan nak cerita pasal komuniti SBDJ ni. Tujuan aku menulih ni nak tanya ada tak cadangan untuk buat komuniti untuk karya Tok Awang Ngah - Bercakap Dengan Syaitan. Takpun sebenarnya komuniti ni dah ada, tapi aku je yang taktau. So kalau sesapa tau, bleh la kongsi-kongsi dengan aku.
Okeh, sekiranya takda, dan ada yang sanggup nak volunteer sebagai pioneer kumpulan peminat Tok Awang Ngah ni, aku dengan rendah hatinya nak join la. :-) Aku sanggup gak nak menaip sikit2 koleksi yang aku ada, untuk dikongsi bersama2. Sebab aku tau, memang susah nak dapatkan koleksi ni. Maybe bila dah ada yang mula usahakan, insyaAllah ada la yang follow, seterusnya menggerakkan sama usaha ni. Kalau nak aku yang buat, minta maaf la. Tak berapa senang la (alasan). Tapi sesapa yang berkemampuan tu bleh la tolong wujudkan. :-)
Tu jer kot? Till then, wasalam.
p/s - Uii lama gila tak update blog. Agak bz dan sedikit terlupa aku dah ada blog. Huhu
Posted by Yus at 10:00 AM 0 comments
Sunday, September 27, 2009
Selamat Hari Raya AidilFitri 1430H
Bismillah
Assalamua'laikum.
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri 1430H kepada semua. Begitu juga, ingin saya memohon berbanyak-banyak ampun dan maaf sekiranya ada tersalah kata, bahasa kurang enak, terkurang dan sebagainya. Semoga Syawal tahun ini digunakan sebaik-baiknya, takut tak sempat merasa Syawal tahun depan. :-)
TQ :-)
p/s - tak sempat nak taip panjang..huhu
Feroz
Posted by Yus at 11:53 PM 0 comments
