Wednesday, December 8, 2010

Tok Awang Ngah; Siri Berkelahi Dengan Syaitan (Lanjutan)

1. Salam.

2. Berikut merupakan beberapa Siri Berkelahi Dengan Syaitan yang berada dalam koleksi aku. :-) Aku tak berapa familiar sangat dengan perjalanan siri ni, sebab dulu tak berapa ikut sangat siri ni, sekarang baru start baca slow-slow.

3. Meaning kalau Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis tu dia nya siri bersambung-sambung tapi yang ni tak sure. Ada kawan-kawan yang tau? Tapi sepanjang yang aku baca la, siri dia ni tiap siri habis satu cerita. Betui ka?

4. Berikut siri-siri yang ada dalam simpanan aku:

Siri Berkelahi Dengan Syaitan (Gadis Disalai Atas Bara)
Cetakan Kedua 1998

1. Lembaga Berkepala Botak Keluar Dari Tompok-tompok Hitam
2. Bangkai Babi Hutan Jadi Lelaki Tua Bongkok
3. Gadis Disalai Atas Bara
4. Pukul Cucu Untuk Matikan Datuk
5. Duri Ikan Sembilang Ditusuk Ke Kepala
6. Wanita Mati Beranak Menjelma Jadi Pontianak
7. Bertarung Dengan Pedang Di Lubang Kubur
8. Jelmaan Babi Bersumbi Emas
9. Bayi Hilang Dalam Kandungan
10. Botol Melompat Dari Balik Pintu
11. Harimau Berlawan Dengan Mayat
12. Nyonya Tua Di Siling Rumah


Siri Berkelahi Dengan Syaitan (Manusia Jelmaan Jadi Keluang)
Cetakan Ketiga 1998

1. Lembaga Berkelahi Sesama Sendiri
2. Manusia Jelmaan Jadi Keluang
3. Senapang Meletup Tak Berpeluru
4. Harimau Berkudis Seluruh Badan
5. Tubuh Reput Dipenuhi Ulat
6. Kepala Mayat Bergantungan Di Bumbung
7. Berenang Di Daratan Macam Di Tengah Laut Bergelombang
8. Lembaga Hitam Di Dalam Ribut
9. Matanya Terang Dalam Gelap


Siri Berkelahi Dengan Syaitan (Ular Putih Melingkari Rumah)
Cetakan Kedua 1998

1. Jelmaan 7 Bersaudara Merasuk
2. Bertemu Sheikh Serban Kuning
3. Rumah Bawah Kangkang Orang Tinggi
4. Tidur Atas Perut Harimau
5. Lipan Jelmaan Membalas Dendam
6. Ular Putih Melingkari Rumah
7. Asap Keluar Disekeliling Bendul
8. Puaka Batu Berdagu
9. Tidur Berbantalkan Sarang Lebah
10. Alat Kelamin Jana Digigit Belalang
11. Tangannya Bertukar Menjadi Ular


Siri Berkelahi Dengan Syaitan (Rintihan Dari Kubur)
Cetakan Kedua 1998

1. Harimau Melompat Tengah Serambi
2. Rintihan Dari Kubur
3. Lelaki Gigi Rongak
4. Lembaga Ghaib Di Balik Langsir
5. Orang Tua Keluar Dari Kepulan Asap
6. Mayat Bangun Minta Air
7. Lelaki Tua Menuntut Janji
8. Muka Sebesar Tingkap Menjengah
9. Sudah Dikebumikan Keluar Dari Kubur
10. Kepala Tersangkut Di Rumpun Mengkuang
11. Lipan Bara Di Bawah Mayat
12. Hantu Berjalan Dengan Tangan


Siri Berkelahi Dengan Syaitan (Kepala Perempuan Tiba-tiba Hilang)
Cetakan Kedua 1998

1. Pemuda Ditelan Bumi
2. Jeritan Nyaring Di Tengah Malam
3. Kepala Perempuan Tiba-tiba Hilang
4. Minta Tukar Nyawa
5. Dendam Puaka Hutan
6. Serbuk Kaca Keluar Dari Muntah
7. Menghantar Lembaga Putih Balik
8. Mati Kena Sembelih Hidup Semula
9. Darah Keluar Dari Usungan Mayat
10. Telinga Moyang Lanjut Sebesar Tabir Layar


Siri Bercakap Dengan Syaitan (Lelaki 44 Isteri)
Cetakan Pertama 1998

1. Lelaki 44 Isteri
2. Suami Bertukar Jadi Beruang
3. Tewasnya Ilmu Ayun Limau
4. Susuk Sumbi Membalas Dendam
5. Sumpah Lelaki Berkepala Harimau
6. Jelmaan Lelaki Hidung Rompong
7. Bulu Roma Memercik Darah
8. Pintu Gerbang Kampung Bunian
9. Tangkal Azimat Menjadi Bara
10. Bidan Bertukar Tujuh Jelmaan


Berkelahi Lawan Syaitan (Lanjutan Dari Siri Berkelahi Dengan Syaitan)
Cetakan Ketiga 1997

1. Perempuan Hodoh Terbelah Dua
2. Dendam Puaka Umbut Nibung
3. Darah Memancut Di Kepala Paip
4. Aki Jamaat Mati Balik Ke Rumah
5. Lelaki Berbonggol Belakang Di Batu Jeram
6. Puaka Buntat Ikan Tapah
7. Kelawar Bertukar Menjadi Orang Berjubah
8. Jelmaan Siluman Di Tengah Malam


5. Kat mana aku dapat buku-buku ni? Semuanya secara tak sengaja, terjumpa di Machap, Johor. Baru-baru ni aku gi balik ke sana nak beli lagi, tapi takda dah buku tu. Kalau dapat memang aku bleh jual kat sini. Hehe

6. Ada yang nak request aku taipkan siri ni kat sini? Bleh aje tp kalu ada masa la. Panjang beb crite dia.

Till then, salam.

Wednesday, November 10, 2010

Alhamdulillah, Syukur... :-)

Bismillah.

1. Salam, Alhamdulillah.

2. Taktau cmana, aku dapat balik blogspot nih. Hehe. Baru je ingat nak buat akaun baru, address baru gune email baru. Then since dah dapat balik, aku continue sini jer la. Lega rasanya.

3. Diulang, web ni antara lain tujuannya nak ingatkan diri aku sendiri ; jilid2 SBDJ no berapa yang aku ada, dan siri-siri apa yang aku ada. Sebab aku ni pelupa, so letak kat sini bleh la aku refer kat mana-mana pun, asal aku bleh akses internet. :-P Kalau ada yang mendapat manfaat dengan adanya web ni, alhamdulillah.

4. Sepanjang duk diam, takda progress dengan koleksi aku. Sedih gila. Aku jumpa SBDJ Jilid 1, tapi mahal la. Tak berapa ada duit sekarang. Takleh nak amek. So, korang rasa-rasa 1 Jilid Buku SBDJ sepatutnya brapa RM? Ada idea?

5. SBDJ yang aku tak ada masih lagi SBDJ Jilid 1, SBDJ 10, SBDJ 11. Korang ada? Nak juai? Jual kat aku laaa..huhu

6. Sekarang aku tengah rasa-rasa nak jual sedikit koleksi SBDJ aku. Yang mana yang tak pakai laa. Tengah berpikir2 samada nak jual ke tak...Xdapat ilham lg..hehe Ada yang nak beli ke?

7. Nanti2 aku nak share crite pasal ilmu emas plak, selingan sket...Jeng Jeng Jeng..hehe

Till then. Salam.

Feroz

Thursday, March 25, 2010

Cara Mendapatkan SBDJ

Bismillah.

1. Salam dan sejahtera semua.

2. Lama tak menulis, sibuk sikit dan taktau nak tulis ape. Huhu

3. Tapi aku ingat nak kongsi kat sini cara untuk mendapatkan siri-siri SBDJ ni. Cara yang aku tau la. Aku tau korang ada cara korang sendiri.

4. Sepanjang yang aku dah buat, memang agak berkesan la cara ni. Mudah aje caranya. Dari aku ada 2,3 jilid SBDJ sahaja, kini aku ada hampir kesemuanya. Tapi aku still mencari untuk lengkapkan koleksi aku. Lagi-lagi SBDJ Jilid 17, susah gila nak cari. Nak dapat yang fotostet pun susah.

5. Nanti aku update cara tu, kongsi dengan kawan-kawan :-)

6. Till then, wasalam.

Monday, February 8, 2010

Update koleksi Siri Bercakap Dengan Jin

Bismillah.

1. Hehe. Agak gembira kini sebab aku berjaya dapatkan beberapa jilid SBDJ. Maka bertambahlah koleksi aku.

2. Aku dapat koleksi ni minggu lepas. Terima kasih kepada penjual, Shah. :-) Mujur penjual duduk around KL je, bleh collect sendiri. Koleksi yang aku dapat adalah:

Jilid 2 bahagian 1 (Cetakan Ke-Enam 1999)
Jilid 2 bahagian 2 (Cetakan Ke-Enam 1999)
Jilid 3 (Cetakan ke-Enam 1999)
Jilid 5 (Cetakan ke-Empat 1997)
Jilid 6 (Cetakan ke-Empat 1997)
Jilid 7 (Cetakan ke-Empat 1998)
Jilid 8 (Cetakan ke-Empat 1998)
Jilid 9 (Cetakan ke-Tiga 1998)
Jilid 13 (Cetakan Pertama 1997)

3. Jadi, koleksi terkini aku adalah seperti berikut:
Jilid 2,3,4,5,6,7,8,9,12,13,14,15,16

4. Maka, jilid yang aku tak ada adalah:
Jilid 1, 10, 11, dan 17

5. Dapat tahu daripada Shah jugak, jilid 17 dah pernah publish. Then dalam satu forum ke ape (aku tak ingat), ada orang jugak pernah cakap dia ada jilid 17. Tapi memang tak pernah aku tau la, dah susah nak jumpe la sesapa yang ada koleksi ni.

6. Sekali lagi, sesiapa yang ada koleksi yang aku takda tu; jilid 1,10,11, dan 17 silalah berhubung dengan aku. Dapat photostat pun jadi la. Nak lengkapkan koleksi aku. Bleh shoot one round baca dari siri satu sampai habis (waaah, kalau la larat). Huhu

7. Sesiapa peminat Siri Bercakap Dengan Jin dari Tamar Jalis juga, kini boleh membaca secara on-line dari komuniti sbdj.

Till then. Wasalam

Sunday, January 24, 2010

Koleksi Terkini Siri Bercakap Dengan Jin

Bismillah.

1. Wah, dah lamanya aku tak update. Pasal malas satu hal, pasal tak cukup masa satu hal, pasal taktau nak update apa pun satu hal. Hehe

2. Kadang-kadang aku tengok page aku pun tak brapa nak berkembang. Duk lagu tu jugak daripada dulu. Bila kadang-kadang sempat melawat, tak nampak pun orang bagi post, tak nampak pun orang komen. So taktau ada ke tak pengunjung blog ni, ada ke tak orang baca blog ni.. Ahhh biarla kan? Kesah apa? :-)

3. Post kali ni aku rasa nak update koleksi terkini Siri Bercakap Dengan Jin aku. Untuk rujukan aku nanti2. Dan untuk rujukan kawan-kawan lain jugak. Mane tau korang ada koleksi yang aku tak ada ke, bleh la korang jual kat aku. Haha :-)

4. Tahun lepas, mungkin dekat akhir tahun kot aku berjaya mendapatkan beberapa jilid Siri Bercakap Dengan Jin ni dari seorang penjual. Dia tak nak dah kot, sebab tu dia jual. Alhamdulillah, aku berpuas hati la dengan apa yang aku dapat. Berbaloi dengan RM yang aku keluarkan untuk dapatkan koleksi ni. Sebab koleksi ni sekarang kan susah nak dapat dah kat pasaran.

5. Koleksi-koleksi terbaru yang aku dapat adalah SBDJ Jilid 2, Jilid 3, Jilid 4, Jilid 6, Jilid 8, dan Jilid 12. So, jumlahnya enam buah buku kesemuanya. Yang bestnya, jilid2 ni semua buku besar. Bukan buku kecik (buku saku). Fuuuhhhhh... :-)

6. Jadi secara keseluruhan, sekarang koleksi aku adalah seperti berikut:
Koleksi Buku:
Jilid 2 : Siri 26 - Siri 48 (Cetakan Pertama - Mac 1985)
Jilid 3 : Siri 49 - Siri 60 (cetakan Pertama - Mei 1986)
Jilid 4 : Siri 61 - Siri 72 (Cetakan Pertama - April 1987)
Jilid 6 : Siri 85 - Siri 96 (Cetakan Pertama - Mac 1989)
Jilid 8 : Siri 108 - Siri 119 (Cetakan Pertama 1991)
Jilid 12 : Siri 156 - Siri 167 (Cetakan Pertama 1996)
Jilid 14 : Siri 180 - Siri 193 (Cetakan Pertama 1998)
Jilid 15 : Siri 194 - Siri 207 (Cetakan Pertama 1999)
Jilid 16 : Siri 208 - Siri 221 (Cetakan Pertama 2000)

Koleksi Buku Saku (Saiz Kecil)
Jilid 5 : Siri 41 - Siri 47
Jilid 7 Hingga Jilid 14 : Siri 56 - Siri 127

7. Jadinya, kalau korang ada jilid-jilid yang aku tak ada: Jilid 1, 5, 7, 9, 10, 11, dan 13 korang bagitau la aku eh. Korang jual kat aku, aku beli. :-)

8. Takpun kalau sesiapa ada maklumat kat mana nak dapatkan koleksi-koleksi ni, tau mana jual buku2 lama ni, korang bagitau aku. :-)

Till then, salam.