Sunday, January 24, 2010

Koleksi Terkini Siri Bercakap Dengan Jin

Bismillah.

1. Wah, dah lamanya aku tak update. Pasal malas satu hal, pasal tak cukup masa satu hal, pasal taktau nak update apa pun satu hal. Hehe

2. Kadang-kadang aku tengok page aku pun tak brapa nak berkembang. Duk lagu tu jugak daripada dulu. Bila kadang-kadang sempat melawat, tak nampak pun orang bagi post, tak nampak pun orang komen. So taktau ada ke tak pengunjung blog ni, ada ke tak orang baca blog ni.. Ahhh biarla kan? Kesah apa? :-)

3. Post kali ni aku rasa nak update koleksi terkini Siri Bercakap Dengan Jin aku. Untuk rujukan aku nanti2. Dan untuk rujukan kawan-kawan lain jugak. Mane tau korang ada koleksi yang aku tak ada ke, bleh la korang jual kat aku. Haha :-)

4. Tahun lepas, mungkin dekat akhir tahun kot aku berjaya mendapatkan beberapa jilid Siri Bercakap Dengan Jin ni dari seorang penjual. Dia tak nak dah kot, sebab tu dia jual. Alhamdulillah, aku berpuas hati la dengan apa yang aku dapat. Berbaloi dengan RM yang aku keluarkan untuk dapatkan koleksi ni. Sebab koleksi ni sekarang kan susah nak dapat dah kat pasaran.

5. Koleksi-koleksi terbaru yang aku dapat adalah SBDJ Jilid 2, Jilid 3, Jilid 4, Jilid 6, Jilid 8, dan Jilid 12. So, jumlahnya enam buah buku kesemuanya. Yang bestnya, jilid2 ni semua buku besar. Bukan buku kecik (buku saku). Fuuuhhhhh... :-)

6. Jadi secara keseluruhan, sekarang koleksi aku adalah seperti berikut:
Koleksi Buku:
Jilid 2 : Siri 26 - Siri 48 (Cetakan Pertama - Mac 1985)
Jilid 3 : Siri 49 - Siri 60 (cetakan Pertama - Mei 1986)
Jilid 4 : Siri 61 - Siri 72 (Cetakan Pertama - April 1987)
Jilid 6 : Siri 85 - Siri 96 (Cetakan Pertama - Mac 1989)
Jilid 8 : Siri 108 - Siri 119 (Cetakan Pertama 1991)
Jilid 12 : Siri 156 - Siri 167 (Cetakan Pertama 1996)
Jilid 14 : Siri 180 - Siri 193 (Cetakan Pertama 1998)
Jilid 15 : Siri 194 - Siri 207 (Cetakan Pertama 1999)
Jilid 16 : Siri 208 - Siri 221 (Cetakan Pertama 2000)

Koleksi Buku Saku (Saiz Kecil)
Jilid 5 : Siri 41 - Siri 47
Jilid 7 Hingga Jilid 14 : Siri 56 - Siri 127

7. Jadinya, kalau korang ada jilid-jilid yang aku tak ada: Jilid 1, 5, 7, 9, 10, 11, dan 13 korang bagitau la aku eh. Korang jual kat aku, aku beli. :-)

8. Takpun kalau sesiapa ada maklumat kat mana nak dapatkan koleksi-koleksi ni, tau mana jual buku2 lama ni, korang bagitau aku. :-)

Till then, salam.